PANDUAN PEMBELIAN UNFORM
1) Ibu bapa boleh rujuk carta saiz unifrom MTSFAZ di ruangan UKURAN pada setiap item.
2) Jika saiz yang ingin dibeli SOLD OUT, pihak MTSFAZ akan memaklum kepada ibu bapa sekiranya stok baru telah sampai.
3) Ibu bapa digalakkan untuk memilih saiz yang sedikit besar daripada ukuran sebenar anak jika carta saiz uniform MTSFAZ tidak sama dengan ukuran anak anda.
4) Bagi ukuran yang tiada dalam carta saiz uniform MTSFAZ, anda boleh memilih CUSTOMIZE. Tetapi proses tempahan akan mengambil masa lebih lama daripada saiz sedia ada. Harga kemungkinan akan ada Caj Tambahan selepas dihantar pada pembekal.
POLISI PENUKARAN DAN PEMULANGAN
1) Setiap pembelian dijamin 7 hari dari tarikh pembelian dibuat.
2) Setiap item yang hendak ditukar atas sebab-sebab yang telah dipersetujui mestilah di hantar semula ke MTSFAZ dalam tempoh 7 hari tersebut.
3) Ibu bapa mestilah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak MTSFAZ melalui talian/whatsapp kami berkenaan aduan item yang diterima.
4) Item yang di pulangkan mesti dalam keadaan seperti asal.
- Item tidak rosak akibat kecuaian pelanggan
- Masih dalam tempoh Jaminan (7 Hari)
5) Pihak MTSFAZ akan meneliti setiap item yg dipulangkan MESTI menepati kriteria di 4). Jika pihak kami mendapati item yg diterima tidak menepati [email protected], pemohonan penukaran akan dibatalkan. Dan item akan dipulangkan semula ke pelanggan.
LENCANA
Untuk makluman, bagi pembelian lencana, setiap belian baju sekolah lelaki dan tudung sekolah telah pun termasuk dengan lencana.
TERMA & SYARAT
Selepas pembelian, jika berlaku kerosakan (daripada pihak penjual) keatas barang anda atau tersalah atau tidak sesuai, wang anda tidak boleh dikembalikan.
Namun, kami memberi jaminan kepada pelanggan untuk menukar barang tersebut.
PENGHANTARAN
Buat masa ini, pihak MTSFAZ tidak menyediakan khidmat penghantaran. Ibubapa perlu hadir ke sekolah untuk mengambil barang yang telah disiapkan. Tarikh pengambilan barang hanya dibuka pada hari jumaat. Perhatian, proses persiapan barang mengambil masa dalam 1-2 hari bekerja.
p/s: Setiap transaksi pembelian yang dibuat akan dicaj RM1.50
School Uniforms

SELUAR TRACKSUIT MTSFAZ